Sunday, July 5, 2009

Tempoyak Ikan Kembong/ Temenung




Khamis lepas 28 Jun 2009 pi pasar beli durian longgok. Selonggok ada la dlm 4-5 biji just RM 10 jerk. Makan dlm sebiji ngan hubby, then selebihnya i buat tempoyak. Then semalam hari Ahad (5Julai2009) i buat masak tempoyak kat hubby sbb sabtu tak sempat pasal ade klass kat Jitran yg betulnya letih pi klas tak habis lagik...... hehhheheh.
Maaf la yerk...ikan nyerk dah tenggelam, my hubby la tu kaco sampai tenggelam ikannyerk...hahahhahhaha

So pada penggemar masakan orang Perak ni.....ini i sediakan resepi untuk yang minat dengan masak tempoyak ni.....senang jerk.....more baca lagi di bawah ini ........................



Bahan-bahan

6-8 ekor ikan kembong/temenung
10-12 biji cili padi , ikut suka kalo nak pedas tambahkan lagi (ditumbuk atau blender)
2 batang serai, diketuk
3 sudu besar tempoyak (kalo dapat yg fresh lagi bagus)
1 biji timun (potong dan buang biji nya)
1/2 sudu kecil serbuk
500 ml air

Cara-cara

1. Campakkan semua bahan : cili padi yg diblender, serai, tempoyak, serbuk kunyit dan air ke dlm periuk.
2. Timbuk sampai mendidij dan sedikit pekat kemudian masukkan ikan.
3. Biarkan mendidih seketika dan masukkan timun dan tutup api. Sedia untuk dimakan.