Tuesday, April 20, 2010

Sambal Lala dan Lokan


Menunya hari ini ialah sambal lala dengan lokan. Sabtu lepas lepas habis exam, balik umah mertua di Gunung Jerai. Setelah selesai urusan digunung Jerai, teruskan perjalanan ke Merbok. Tujuan hanya satu, nak cari makanan laut. Singgah ke destinasi yang ditujui dan dapatla membeli lala, lokan dan tiram. Tujuan asal nyer nak cari siput duri. teringin sangat. Masa pantang dulu teringin tengok org makan, jadi kite pon nak rase la jugak. Tapi apekan daya, bukan rezeki.

Dalam sibuk2 pusing kat area Merbok, singgah la kejap dekat Jeti Sungai Merbok. Nama jer sungai padahal laut. Sambil jalan2 terjumper la pulak Faizal Tahir, Nubhan, Lan The Typewritter and ramai lagi la......nak amik gambor tapi segan......biase la kite org Melayu, segan la......Then keesokkannya baru la terdaya nak masak benda yg dibeli. Jadi ini la hasilnyer.......sila2.....



Bahan-bahan :-

1 kilo kupang + lokan (lokan direndam air panas dan ambiil isinya, sementara kupang rebus selama 2 minit dan buang air rebusan tersebut)
15 tangkai Cili kering ** (rebus dah buang bijinya)
1 ulas bawang besar **
3 ulas bawang putih **
1 inci belacan **
1 inci asam jawa (* perah jusnya)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 kiub ayam Knorr
Minyak secukupnya
(** bahan-bahan ini dikisar bersama)

Cara-cara memasak :-

1. Panaskan kauali danmasukkan minyak.
2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan kacau hingga rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan garam dan gula serta kiub ayam Knorr. pastinya rasanya dan biar mendidih.
5. Agak-agak sudah kering sedikit, masukkan lala dan lokan tadi.
6. Biarka selama 5 minit, kemudian tutup api.
6. Sedia untuk dihidangkan dan dimakan.