Thursday, August 12, 2010

Asam Tumis Ikan Pari

Bahan-bahan

Sepotong Isi ikan pari (belah kepada 4 atau 5 bahagian- goreng dahulu) (ikan kembong pon boleh juga)
8 tangkai cili kering ** (rendam air panas dahulu)
1/2 labu bawang besar **
2 ulas bawang putih **
1 batang serai **
1/2 inci halia **
1/2 inci lengkuas **
Sedikit daun kesom
Satu keping asam keping
Satu mangkuk air asam jawa
1 kuntum bunga kantan
Minyak untuk menumis
Kiub Ayam Knorr
Sekit garam dan gula
** bahan dikisar

Cara-cara

1. Goreng terlebiuh dahulu ikan pari dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Masak hingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa bersama asam keping.
3. Setelah mendidih masukkan bunga kantan dan daun kesom. Perasakan dengan memasukkan sedikit garam, gula dan kiub knorr.
4. Agak2 mendidih, masukkan ikan yang digoreng tadi.

Monday, May 17, 2010

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai



Bahan-bahan :

20 tangkai cili kering (direbus dan buang bijinya)**
1 labu bawang besar **
3 ulas bawnag puith **
1 inci beladan **
(** bahan2 kisar)
4 papan petai (dikupas isinya - boleh direbus dahulu jika suka)
100gm ikan bilis (digoreng terlebih dahulu)
1 inci asamjawa (diperah jusnya dengan 1/2 cawan air)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukp rasa
1/2 kiub ayam Knorr

Cara-cara:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak kemudian tumis bahan2 kisar tadi.
2. Setelah naik minyak,masukkan jus asam jawa tadi dan biar mendidih.
3. Masukkan perasa (gula, garam dan kiub knorr) dan gaul sebati.
4. Masukkan petai yg dikupas diikuti dengan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
5. Siap untuk dihidang.

Sup Ayam Dengan Kentang



Bahan-bahan :

1/2 ekor Ayam (dipotong kecil)
5 biji Ubi Kentang (dikupas dan dibelah 4)
1 paket Sup Bunjut Adabi
Kulit Kayu Manis
1/2 sudu lada hitam (biji)
1/2 inci halia (diketuk)
2 ulas bawang merah (tumis darat - ditumis apabila sup siap dimasak)
Kiub Ayam Knorr (ambil separuh dari kiub sahaja)
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun ketumbar (diracik kasar - untuk ditabur apabila sup siap utk dihidang)
Minyak secukupnya (utk tumis bawang - tumis darat)

Cara-caranya:

1. Basuh ayam dan perap dengan tepung agar hilang hanyir ayam dan bilas.
2. Kemudian masukkan ayam kedalam periuk bersama air secukupnya dan letak diatas api.
3. Masukkan halia yang diketuka tadi bersama lada hitam dan kulit kayu manis.
4. Biar mendidih seketika dan masukkan ubi kentang dan biar hingga ubi kentang tadi empuk dan tutup api.
5. Panaskan kualai dan masukkan minyak masak dan tumis bawang yang telah diracik tadi, agak2 garing masukkan tumisan bawang tadi ke dalam sup yang telah siap dimasak.
6. Sedia untuk dihidang. Jangan lupa taburkan daun bawang dan ketumbar. Siap.

Tuesday, April 20, 2010

Sambal Lala dan Lokan


Menunya hari ini ialah sambal lala dengan lokan. Sabtu lepas lepas habis exam, balik umah mertua di Gunung Jerai. Setelah selesai urusan digunung Jerai, teruskan perjalanan ke Merbok. Tujuan hanya satu, nak cari makanan laut. Singgah ke destinasi yang ditujui dan dapatla membeli lala, lokan dan tiram. Tujuan asal nyer nak cari siput duri. teringin sangat. Masa pantang dulu teringin tengok org makan, jadi kite pon nak rase la jugak. Tapi apekan daya, bukan rezeki.

Dalam sibuk2 pusing kat area Merbok, singgah la kejap dekat Jeti Sungai Merbok. Nama jer sungai padahal laut. Sambil jalan2 terjumper la pulak Faizal Tahir, Nubhan, Lan The Typewritter and ramai lagi la......nak amik gambor tapi segan......biase la kite org Melayu, segan la......Then keesokkannya baru la terdaya nak masak benda yg dibeli. Jadi ini la hasilnyer.......sila2.....



Bahan-bahan :-

1 kilo kupang + lokan (lokan direndam air panas dan ambiil isinya, sementara kupang rebus selama 2 minit dan buang air rebusan tersebut)
15 tangkai Cili kering ** (rebus dah buang bijinya)
1 ulas bawang besar **
3 ulas bawang putih **
1 inci belacan **
1 inci asam jawa (* perah jusnya)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 kiub ayam Knorr
Minyak secukupnya
(** bahan-bahan ini dikisar bersama)

Cara-cara memasak :-

1. Panaskan kauali danmasukkan minyak.
2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan kacau hingga rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan garam dan gula serta kiub ayam Knorr. pastinya rasanya dan biar mendidih.
5. Agak-agak sudah kering sedikit, masukkan lala dan lokan tadi.
6. Biarka selama 5 minit, kemudian tutup api.
6. Sedia untuk dihidangkan dan dimakan.