Monday, May 17, 2010

Sup Ayam Dengan Kentang



Bahan-bahan :

1/2 ekor Ayam (dipotong kecil)
5 biji Ubi Kentang (dikupas dan dibelah 4)
1 paket Sup Bunjut Adabi
Kulit Kayu Manis
1/2 sudu lada hitam (biji)
1/2 inci halia (diketuk)
2 ulas bawang merah (tumis darat - ditumis apabila sup siap dimasak)
Kiub Ayam Knorr (ambil separuh dari kiub sahaja)
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun ketumbar (diracik kasar - untuk ditabur apabila sup siap utk dihidang)
Minyak secukupnya (utk tumis bawang - tumis darat)

Cara-caranya:

1. Basuh ayam dan perap dengan tepung agar hilang hanyir ayam dan bilas.
2. Kemudian masukkan ayam kedalam periuk bersama air secukupnya dan letak diatas api.
3. Masukkan halia yang diketuka tadi bersama lada hitam dan kulit kayu manis.
4. Biar mendidih seketika dan masukkan ubi kentang dan biar hingga ubi kentang tadi empuk dan tutup api.
5. Panaskan kualai dan masukkan minyak masak dan tumis bawang yang telah diracik tadi, agak2 garing masukkan tumisan bawang tadi ke dalam sup yang telah siap dimasak.
6. Sedia untuk dihidang. Jangan lupa taburkan daun bawang dan ketumbar. Siap.

No comments:

Post a Comment