Monday, May 25, 2009

My Cutie Charming Boy "Muhammad Aisy Wafeeq"






Add Video

Udang Goreng Kunyit Dengan Kacang Peas




Hari ni masak-masak makan simple jerk...... mood tu ader tapi bahan-bahan jer tak memenuhi keperluan semasa. Heheheheh. Jadi masak ape yang ader jerk....

Bahan-bahan

300 gm udang hidup
100 gm kacang peas, dipotong serong
1 biji bawang besar, dipotong bulat
2 biji cili padi, dihiris serong
1 biji cili merah, di hiris serong
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Tumis bawang besar, cili padi dan cili merah dalam 1 minit
2. Masukkan udang yang telah digaul dengan kunit dan garam
3. Masukkan kacang peas dan garam secukup rasa. Goreng dalam 3 minit, siap untuk dimakan.

Telur Goreng Berkicap




Bahan-bahan

3 biji telur, digoreng dan diasingkan
1 biji bawang besar, dipotong bulat
2 tangkai cili kering, dipotong senget
Kicap
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Tumis bawang besar dan cili kering. Kemudian masukkan telur yang telah digoreng tadi.
2. Masukkan kicap dan penambah perasa. Siap untuk dihidangkan.

Goreng Ikan Kedera Masin


Nyam...nyam.....pembangkit selera. tambah pulak kalo makan dengan gulai daging dan kentang. Terangkat habis.............. pehhhhhhhh......

Bahan-bahan

3 ekor ikan kedera masin
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Goreng jer. Dah siap. Hehehehe.....

Saturday, May 23, 2009

Mempelam Harum Manis dan Mempelam Raja




Sedapnya mempelam harum manis dan mempelam Raja........manis sangat.....................mempelam harum manis ni cuma ada kat perlis jerk......setiap bulan 4 setiap tahun jerk......EKSLUSIF kan????

Pemanis Mulut

1 biji Mempelam Harum Manis
1 biji mempelam Raja
Kuah Rojak

Sambal Goreng Petai Dengan Udang



Ni resepi utama hari ini.....

Bahan-bahan

600 gram udang, yang saiz sederhana besar
4 tangkai petai segar, dikupas dan direbus dengan air yg dicampur sedikit minyak
6 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 sudu besar santan pekat Ayam Brand
1 inci belacan
Sedikit garam dan gula
Minyak untuk memasak

Cara memasak

1. Rebus petai yang telah dikupas dalam air yang dicampur dengan sedikit minyak masak (untuk melembutkan petai dan minyak untuk mengekalkan warna hijau petai)
2.Blender cili merah, bawang besar, bawang putih dan belacan
Tumis bahan blender, sampai masak.
3. Kemudian masukkan udang yang dikupas dan biar mendidik seketika
4. Masukkan petai yang direbus, masukkan garam dan gula secukupnya. Biar mendidih sekejap, siap.

Kangkung Goreng Belacan




Tadi pagi member aku datang umah ngan family dia pasai nak amik peerabot yg aku jual kat family dia. Masa diorang datang aku masak mee goreng . Tapi masin sikit la...... sbb try bubuh kicap ikan yang tak biasa aku guna....kakakakakakakkakakakakaka

Tengaharinyer aku masak kat hubby sambal goreng petai udang dan kangkung goreng belacan....ni nak bg resepi kangkung goreng belacan dulu......

Bahan-bahan

1 ikat kankung segar
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar, saiz kecil
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
Belacan secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan

1. Tumbuk cili merah, bawang besar, bawang putih, belacan, ikan bilis, garam dan gula
2. Tumis bahan tumbuk seketika, kemudian campak batang kangkung yang dipotong diikuti daunnya.
3. Goreng sekejap. Siap. Mudahkan.....

Wednesday, May 20, 2009

Masak Asam Ikan Cencaru Belah Belakang

gambar tu nanti.....

Resepi ni adalah resepi mummy aku...... org lain aku tengok tak pernah buat...once sesape yang pakar sgt masak pon tak pernah terfikir nak buat mcm ni...... korang yg dah buat tu kire golongan TERROR la.....sejak kawin, aku suke masak menda yang tak pernah orang lain buat...tapi for sure sedap nyerk....... Korang nak tahu ape seterusnyerkan...jeng...jeng...jeng.....

Bahan-bahan ;

4 ekor ikan cencaru - dibelah belakang
5 tangkai cili merah
1 labu bawang besar
2 Ulas bawang putih
Sedikit Belacan
Garam dan gula secukupnya
Segenggam Asam jawa - sediakan air asam jawa dalam 500-700ml
Minyak secukupnya

Cara penyediaan

1. Tumbuk atau blander cili merah, bawang besar, bawang putih, belacan, garam, dan gula. Jangan terlalu hancur sangat. Nanti tak best.
2. Sumbat bahan tumbuk tadi ke dalam perut ikan cencaru yang dibelah belakang tadi. Simpan sikit untuk menumis bahan kuah.
3. Goreng ikan cencaru sumbat dan asingkan.
4. Gunakan sedikit minyak menggoreng ikan tadi untuk menumis lebihan bahan tumbuk tadi.
5. Tumis hingga wangi dan kekuningan. Kemudian masukkan air asam jawa yang diperah tadi.
6. Masukkan garam dan gula secukupnya dan biarkan mendidih seketika.
7. Rasa kuah dahulu, dah kira sedap...masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan biar mendidh seketika.
8. Sedia untuk dihidang dan dimakan. Selamat mencuba!

Prawn Olio Ala Zaza



Hubby i suke sangat makan. Hari tu makan kat pizza, order la prawn olio dia....sedap memang sedap tapi ciput jerk. So on the next day i try la buat...tapi ikut suker hati i nak campak ape.....pastu terbit la Prawn Olio Ala Zaza. Nak jadikan ceriter, adik ipar i datang umah, firstly tengok mcm taknak makan, then bila dah rasa baru depa tau. Terangkat habis. So bila depa tepon ada bgtau teringin sangat nak makan spaghetti tu lagi.......herm....rupenyer pandai jugak i masak......


Bahan-bahan Sos;

300g Udang hidup (dibuang kulit dan pasir ditengah badan)
1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato sederhana besar (dipotong dadu)
5 tangkai cili kering ( dihiris nipis/horizon)
Sedikit daun bawang dan sadri (dipotong halus -dlm 0.3cm)
Sedikit Minyak Zaiton / Minyak masak (secukupnya untuk menumis)
1 kiub ayam Knorr
Sambal udang kering Ayamas ( ada terdapat di kedai ayamas - dlm botol)
Garam secukupnya

Cara penyediaan;

1. Mula-mula tumis bawang putih, cili kering yang dicincang halus hingga kuning bersama sambal udang kering ayamas dengan menggunakan minyak zaiton atau minyak masak biasa .
2. Kemudian masukkan bawang besar dan diikuti tomato yang dipotong dadu tadi.
3. Hancurkan kiub ayam Knorr dan campak ke dalam bahan yg sedang ditumis.
4. Agak-agak dah wangi masukkan udang dan masak hingga masak dan wangi.
5. Kemudian campak pula daun bawang dan sadri yang dirincih halus.
6. Tambah sedikit garam dan perasa secukupnya. Siap.

Bahan-bahan spaghetti :

500g Spaghetti ( direbus hingga lembut)
Sedikit Origano/ Mix Herbs
Sedikit Minyak zaiton

Cara Penyediaan :

1. Rebus spaghetti di dalam air panas mendidih dengan sedikit minyak zaiton dan garam
2. Toskan kemudian ambil sedikit minyak zaiton dan gaulkan dengan herb origano/ mix herbs

*** Tujuan untuk mengelak spaghetti tadi melekit dan susah untuk dileraikan ketika hendak mencedok ke dlm pinggan dan herbs untuk menambah perisa dan bau.

Friday, May 15, 2009

Welcoming......

Dapur Comel, Dapur Kita