Wednesday, May 20, 2009

Masak Asam Ikan Cencaru Belah Belakang

gambar tu nanti.....

Resepi ni adalah resepi mummy aku...... org lain aku tengok tak pernah buat...once sesape yang pakar sgt masak pon tak pernah terfikir nak buat mcm ni...... korang yg dah buat tu kire golongan TERROR la.....sejak kawin, aku suke masak menda yang tak pernah orang lain buat...tapi for sure sedap nyerk....... Korang nak tahu ape seterusnyerkan...jeng...jeng...jeng.....

Bahan-bahan ;

4 ekor ikan cencaru - dibelah belakang
5 tangkai cili merah
1 labu bawang besar
2 Ulas bawang putih
Sedikit Belacan
Garam dan gula secukupnya
Segenggam Asam jawa - sediakan air asam jawa dalam 500-700ml
Minyak secukupnya

Cara penyediaan

1. Tumbuk atau blander cili merah, bawang besar, bawang putih, belacan, garam, dan gula. Jangan terlalu hancur sangat. Nanti tak best.
2. Sumbat bahan tumbuk tadi ke dalam perut ikan cencaru yang dibelah belakang tadi. Simpan sikit untuk menumis bahan kuah.
3. Goreng ikan cencaru sumbat dan asingkan.
4. Gunakan sedikit minyak menggoreng ikan tadi untuk menumis lebihan bahan tumbuk tadi.
5. Tumis hingga wangi dan kekuningan. Kemudian masukkan air asam jawa yang diperah tadi.
6. Masukkan garam dan gula secukupnya dan biarkan mendidih seketika.
7. Rasa kuah dahulu, dah kira sedap...masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan biar mendidh seketika.
8. Sedia untuk dihidang dan dimakan. Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Inilah masakan paling special dari sejak kecil lagi, tiap-tiap kali balik Malaysia tiada benda lain yang ku mintak dari bonda kesayanganku hanya masakkan ini sahaja, bukan aku sahaja yang begitu, malah sepupuku yang lain pun begitu juga, kami semua sama suka sangat kerana masakkan ini amat berbeza daripada yang lain

    ReplyDelete