Monday, May 25, 2009

Udang Goreng Kunyit Dengan Kacang Peas




Hari ni masak-masak makan simple jerk...... mood tu ader tapi bahan-bahan jer tak memenuhi keperluan semasa. Heheheheh. Jadi masak ape yang ader jerk....

Bahan-bahan

300 gm udang hidup
100 gm kacang peas, dipotong serong
1 biji bawang besar, dipotong bulat
2 biji cili padi, dihiris serong
1 biji cili merah, di hiris serong
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Tumis bawang besar, cili padi dan cili merah dalam 1 minit
2. Masukkan udang yang telah digaul dengan kunit dan garam
3. Masukkan kacang peas dan garam secukup rasa. Goreng dalam 3 minit, siap untuk dimakan.

2 comments:

  1. sedap makan dengan nasi panas

    ReplyDelete
  2. ni nama nya cara masak orang yang tak banyak bahan.....campak jerk apa yg tinggal dalam peti ais tuh.....
    hhahahhaahhahah

    ReplyDelete